Lelongan ini telah berlalu, maklumat ini dipaparkan sebagai rujukan semata-mata.
576 times displayed
Tempat Lelongan: Pejabat Tanah Kedah
Jenis Hartanah: Tanah Kediaman
Keluasan: 227 meter persegi/ 2,443 kaki persegi
Daerah: Kota Setar
Alamat / Lokasi:
PT 1443, H.S.(M) 120, Mukim Sungai Baharu, 05150 Alor Setar, Kedah
Jenis Pegangan: Pegangan Selama-lamanya
Kawasan Rizab: Rizab Melayu
Sekatan: Lot Orang Melayu
Harga Rizab: RM75,000
Bank: MAYBANK ISLAMIC BERHAD
Tarikh Lelong: 16-03-2022 Waktu: 10:00 AM
Nombor Rujukan: PTKS/Q/38/2020
Contact name:
Che Had bin Dhali
Telefon: 0194416988
Hartanah berkenaan merupakan Tapak bersyarat ’bangunan’ untuk Rumah
Berkembar Dua (2) Tingkat yang dikenali
sebagai Hakmilik Sementara H.S.(M) 120, No. PT 1443, Mukim Sungai
Baharu, Daerah Kota Setar, Negeri Kedah Darul Aman. Hartanah ini mempunyai keluasan tanah seluas 227 meter persegi (2,443 kaki persegi). Hartanah subjek secara amnya terletak di Sungai Baharu,
Alor Setar iaitu lebih kurang 4.0 kilometer ke Barat Laut dari Bandar Alor
Setar, Kedah. Hartanah terletak di lapisan pedalaman dari jalan Alor Setar–Kangar
dan boleh dihubungi/dimasuki dari Bandar Alor Setar melalui jalan Alor
Setar-Kangar. Secara amnya, hartanah merupakan Sebidang Tanah bagi
sebuah skim perumahan yang masih belum dibangunkan. Pembangunan kawasan sekitar
hartanah adalah terdiri dari kawasan perumahan dan pertanian (bendang). Taman
perumahan yang terdekat adalah Taman Serampang yang bersempadanan di bahagian
utara hartanah. Ianya merupakan tanah pegangan Selama-lamanya dan berada
di dalam Kawasan Rezab Melayu.
HARGA RIZAB : RM75,000.00
(RINGGIT MALAYSIA : TUJUH
PULUH LIMA RIBU SAHAJA)
**Nota
: Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat Carian Hakmilik secara
rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta
mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum Jualan Lelong dijalankan.
Hartanah tersebut
akan dijual tertakluk kepada satu Harga
Rizab sebanyak RM75,000.00 (RINGGIT
MALAYSIA : TUJUH PULUH LIMA RIBU SAHAJA) dan
tertakluk kepada syarat- syarat jualan yang dicetakkan di Perisytiharan Jualan.
Bagi Penawar yang berminat dikehendaki mendepositkan terlebih dahulu BANK DERAF sebanyak 10% daripada Harga Rizab iaitu sebanyak RM7,500.00
(RINGGIT MALAYSIA : TUJUH RIBU LIMA RATUS SAHAJA) atas nama MAYBANK ISLAMIC BERHAD sebelum lelongan awam
dimulakan. Pastikan Bank Deraf 10% dan Salinan Kad Pengenalan serta Sijil Kelahiran penawar (untuk pembeli individu) @ Borang
24, Borang 49, Memorandum dan Artikel Syarikat serta Resolusi Pengarah &
Pendaftaran Syarikat (SSM) (untuk pembeli Syarikat) dimasukkan ke dalam
sampul surat yang bersesuaian dengan mencatatkan No : PTKS/Q/38/2020, di
bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam
hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Pejabat Tanah Kota
Setar. Penyelesaian baki harga belian setelah ditolak dengan deposit 10%
daripada Harga Rizab hendaklah dibayar oleh
pembeli dalam tempoh
120 hari dari tarikh
jualan. Jika gagal, wang deposit sebanyak 10% akan dirampas.