Lelongan Lepas (Past Auction)

Lelongan ini telah berlalu, maklumat ini dipaparkan sebagai rujukan semata-mata.

Tanah Pertanian, LOT 542 GM 810 Mukim Serdang, Daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman - RM105,500

373 times displayed

Tempat Lelongan: Pejabat Tanah Kedah
Jenis Hartanah: Tanah Pertanian
Keluasan: 0.7033 Hektar/ 1.7378 Ekar/ 2.44 Relong
Daerah: Bandar Baru
Alamat / Lokasi: LOT 542, GM 810, Mukim Serdang, Daerah Bandar Baharu, 09800 Kedah Darul Aman
Jenis Pegangan: Pegangan Selama-lamanya
Kawasan Rizab: Rizab Melayu
Sekatan: Tiada
Harga Rizab: RM105,500
Bank: MAJLIS AMANAH RAKYAT
Tarikh Lelong: 13-02-2022 Waktu: 10:00 AM

Nombor Rujukan: PTBB/Q/02/2021
Contact name: Nor Hashimah Abd Manap
Telefon: 0124550084



Hartanah berkenaan merupakan Sebidang Tanah Pertanian yang
dikenali sebagai GM 810, Lot No. 542, Mukim
Serdang, Daerah Bandar Baharu, Negeri Kedah Darul Aman
. Hartanah ini mempunyai keluasan tanah lebih kurang 0.7033 Hektar/ 1.7378 Ekar /2.44 Relong. Hartanah ini terletak di dalam kawasan yang dikenali sebagai Titi Akar iaitu kira-kira 5.3 kilometer
ke arah barat daya Bandar Serdang. Secara geografi lot subjek terletak di
lapisan pedalaman dari Jalan Serdang-Sungai Kechil. Lot subjek boleh dihubungi
dari simpang masuk Kampung Sungai Kechil melalui Jalan tar kira-kira 1.35 kilometer menuju ke
simpang masuk yang boleh mengakses ke lot subjek. Dari simpang tersebut belok
ke kanan melalui Jalan batu putih kira-kira 500 meter dan belok ke kanan
melalui jalan mini tar sejauh 500 meter dan seterusnya belok ke kiri melalui
jalan tanah merah merentasi lot 71 sejauh kira-kira 500 meter untuk menuju ke
lot subjek. Walau bagaimanapun lot subjek tidak boleh dimasuki kenderaan kerana
tiada jalan masuk yang sempurna. Hartanah ini merupakan Pegangan Selama-Lamanya dan terletak dalam Kawasan Rezab Melayu.











HARGA
RIZAB: RM105,500.00


(RINGGIT MALAYSIA
: SERATUS LIMA RIBU LIMA RATUS SAHAJA)











**NOTA :Bakal pembeli adalah
dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan,
bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan
lelong
dijalankan.





Hartanah tersebut
akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM105,500.00 (RINGGIT MALAYSIA: SERATUS LIMA RIBU LIMA
RATUS SAHAJA
) dan tertakluk kepada syarat- syarat jualan
yang dicetakkan di Perisytiharan Jualan. Penawar yang berminat dikehendaki
mendepositkan 10% daripada harga rizab iaitu RM10,550.00 RINGGIT MALAYSIA
:
SEPULUH RIBU LIMA RATUS LIMA PULUH
SAHAJA
dalam bentuk Bank Deraf atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT sebelum lelongan awam dimulakan. Pastikan Bank
Deraf 10% dan sesalinan kad pengenalan penawar (untuk pembeli
individu) @ Borang 49, Memorandum dan Artikel Syarikat serta Resolusi Pengarah
(untuk pembeli Syarikat) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat
berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan No : PTBB/Q/02/2021, di
bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu.
Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang
disediakan di Pejabat Tanah Bandar Baharu. Penyelesaian baki harga belian 90%
hendaklah dibayar oleh
pembeli dalam tempoh
120 hari dari
tarikh jualan kepada MAJLIS
AMANAH RAKYAT .
Jika gagal, wang deposit sebanyak 10% akan dirampas.





Untuk
keterangan lanjut, sila berhubung dengan PENTADBIR
TANAH BANDAR BAHARU, 09800 SERDANG, KEDAH DARUL AMAN (Tel : 04-7029188) No. Ruj: PTBB/Q/02/2021
atau, PEGUAMBELA & PEGUAMCARA ataupun
PELELONG BERLESEN




Contact Nor Hashimah Abd Manap
" Tanah Pertanian, LOT 542 GM 810 Mukim Serdang, Daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman "

Phone: 0124550084

Your Name*:

Email*:

Message*:




Reminder email with links to edit and deactivate