Lelongan ini telah berlalu, maklumat ini dipaparkan sebagai rujukan semata-mata.
721 times displayed
Tempat Lelongan: Pejabat Tanah Kedah
Jenis Hartanah: Tanah Pertanian
Keluasan: 1.113 HEKTAR
Daerah: Baling
Alamat / Lokasi:
LOT NO. 9424, JALAN PARIT PANJANG -KUALA PEGANG, KG. MENGKUANG, 09200 BALING, KEDAH
Jenis Pegangan: Pegangan Selama-lamanya
Kawasan Rizab: Rizab Melayu
Sekatan: Lot Orang Melayu
Harga Rizab: RM111,000
Bank: MAJLIS AMANAH RAKYAT
Tarikh Lelong: 08-08-2022 Waktu: 10:30 AM
Nombor Rujukan: PTB/2/2021
Contact name:
Nor Hashimah Abd Manap
Telefon: 0124550084
Hartanah berkenaan merupakan Sebidang
Tanah Pertanian yang dikenali sebagai Lot No. 9424, GM No. 1550, Mukim Kupang, Daerah Baling, Negeri Kedah Darul Aman dan Beralamat 9424, Kg. Mengkuang, 09200 Jln Parit
Panjang – Kuala Pegang, Baling, Kedah yang mempunyai keluasan
tanah lebih kurang 1.113 Hektar. Harta tanah subjek secara amnya terletak di Kampung
Mengkuang, Kupang, iaitu lebih kurang 3.5 kilometer ke arah barat laut dari
Pekan Kuala Pegang. Kebolehsampaian ke harta tanah berkenaan adalah melalui
jalan raya utama iaitu Jalan Parit Panjang - Kuala Pegang. Harta tanah
berkenaan terletak di lapisan pedalaman dari jalan raya tersebut dan perlu
melalui jalan tanah untuk sampai ke lot subjek. Secara amnya, pembangunan
kawasan sekitar harta tanah subjek adalah pertanian dan kampung. Kampung-kampung
yang terletak berhampiran lebih kurang 5 kilometer radius dengan harta tanah
berkenaan adalah Kampung Lela, Kampung Kijang, Kampung Lubok Batu dan Kampung
Mengkuang Hujung. Lain-lain kemudahan berdekatan adalah seperti Sekolah
Kebangsaan Kuala Pegang dan Masjid Al-Mutmainnah. Hartanah merupakan tanah
kosong terbiar yang telah beberapatahun tidak diusahakan. Hartanah merupakan pegangan selama-lamanya dan merupakan Kawasan Rezab Melayu.
HARGA RIZAB : RM111,000.00
(RINGGIT MALAYSIA : SATU RATUS SEBELAS RIBU SAHAJA)
**NOTA
: Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara
rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan
serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelong dijalankan.
Hartanah
tersebut akan dijual tertakluk kepada satu Harga Rizab sebanyak RM111,000.00
(RINGGIT MALAYSIA : SATU RATUS SEBELAS RIBU SAHAJA) dan tertakluk kepada syarat- syarat jualan
yang dicetakkan di Perisytiharan Jualan. Bagi Penawar yang berminat dikehendaki
mendepositkan terlebih dahulu BANK DRAF sebanyak 10% daripada Harga Rizab
iaitu RM11,100.00
(RINGGIT
MALAYSIA : SEBELAS RIBU SATU RATUS SAHAJA) atas
nama MAJLIS AMANAH RAKYAT sebelum lelongan awam dimulakan. Pastikan Bank Deraf 10% dan Salinan Kad Pengenalan serta Sijil
Kelahiran penawar (untuk pembeli individu) @ Borang 24, Borang 49,
Memorandum dan Artikel Syarikat serta Resolusi Pengarah & Pendaftaran
Syarikat (SSM) (untuk pembeli Syarikat) hendaklah
dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan No : PTB/Q/2/2021, di bahagian atas
sebelah kiri sampul surat itu . Sampul
surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan
di Pejabat Tanah Baling. Penyelesaian
baki harga belian 90% hendaklah dibayar oleh
pembeli dalam tempoh
120 hari dari tarikh jualan selewat-lewatnya pada 06 DISEMBER, 2022 . Jika gagal,
wang deposit sebanyak 10% akan dirampas.