Lelongan Lepas (Past Auction)

Lelongan ini telah berlalu, maklumat ini dipaparkan sebagai rujukan semata-mata.

Tanah Industri, H.S.(M) 413 (kini GM 3200) Lot No. 4581, Mukim Kurong Anai, Perlis - RM369,000

1691 times displayed

Tempat Lelongan: Mahkamah Perlis
Jenis Hartanah: Tanah Industri
Keluasan: 0.793 Hektar / 1.960 ekar / 85,358 kaki persegi
Daerah: Perlis
Alamat / Lokasi: H.S.(M) 413 (kini GM 3200), Lot No. 4581, , Mukim Kurong Anai, Perlis
Jenis Pegangan: Pegangan Selama-lamanya
Kawasan Rizab: Rizab Melayu
Sekatan: Tiada
Harga Rizab: RM369,000
Bank: OCBC BANK (MALAYSIA) BERHAD
Tarikh Lelong: 30-05-2013 Waktu: 09:00 AM

Nombor Rujukan: PP : 38-08-2009
Contact name: Sharifah Sallina Syed Hashim
Telefon: 01115288344

Tanah Industri, H.S.(M) 413 (kini GM 3200) Lot No. 4581,  Mukim Kurong Anai, Perlis  PictureTanah Industri, H.S.(M) 413 (kini GM 3200) Lot No. 4581,  Mukim Kurong Anai, Perlis  Picture


BUTIR-BUTIR HAKMILIK :-
NO. HAKMILIK : Geran Mukim 3200
NO. LOT : 4581
MUKIM : Kurong Anai
NEGERI : Perlis
KELUASAN TANAH : 0.793 Hektar / 1.960 ekar / 85,358 kaki persegi
PEGANGAN : Selama-lamanya
PEMILIK BERDAFTAR: KILANG BERAS BEHOR MENTALON SDN. BHD. {189040-M}
- 1/1 bahagian
CUKAI TANAH : RM4,800.00 setahun
KEGUNAAN TANAH : Perusahaan / Perindustrian
SYARAT NYATA : Tapak Kilang Beras.
Bangunan kilang hendaklah didirikan dalam tempoh
dua tahun dari tarikh didaftarkan kelulusan ini.
SEKATAN KEPENTINGAN: Tiada dinyatakan
KAWASAN RIZAB : Pengisytiharan Rezab Melayu.
PEGANGAN BEBANAN: Digadaikan kepada OCBC BANK (MALAYSIA) BERHAD,
berujukan : Perserahan No. 2263/1994, Jilid No.
7, Folio No. 20, didaftarkan pada 27hb.
September, 1994.
KAVEAT : Kaveat Pendaftar atas Tanah berujukan :
Perserahan No. 366/2004, didaftarkan pada 1hb,
April, 2004. (No. Ruj. Fail : PTG.PS.(R)343(103).

ENDOSAN :i) Hak Laluan Talian Elektrik, berujukan Perserahan :
No.1024/2003, tanah seluas lebih kurang 0.0404 Hektar telah terlibat dengan talian elektrik mengikut Seksyen 11, Akta Elektrik 1990, didaftarkan pada 6hb, November, 2003.

ii) Hak Laluan Talian Elektrik, berujukan Perserahan : No.1024/2003, tanah seluas lebih kurang 0.0404 Hektar telah terlibat dengan talian elektrik mengikut Seksyen 11, Akta Elektrik 1990, didaftarkan pada 10hb, Julai, 2009.

Nota : Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta kenalpasti dengan tepat hartanah Tersebut sebelum Jualan Lelong.

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH :
Hartanah tersebut merupakan sebidang tanah perindustrian yang sebelum ini telah menempatkan sebuah kompleks kilang padi yang telah dibiarkan terbiar dan dirosakkan yang dibina di atas sebidang tanah bersyarat tapak kilang beras. Ianya terletak di dalam kawasan Kampung Belat Raja, Mukim Kurong Anai, Negeri Perlis. Hartanah ini dikenali sebagai “Kilang Beras Behor Mentalon Sdn. Bhd.”. Hartanah ini boleh dihubungi daripada jalan utama Tambun Tulang seterusnya menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad. Hartanah ini terletak di rizab jalan sebelah kiri, yang selari dengan jalan utama Tambun Tulang. Hartanah ini mempunyai keluasan tanah lebih kurang 0.793 Hektar / 1.960 ekar / 85,358 kaki persegi. Ianya terletak di dalam Kawasan Simpanan Melayu.

HARGA RIZAB : RM369,000.00
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu Harga Rizab sebanyak RM369,000.00 (RINGGIT MALAYSIA : TIGA RATUS ENAM PULUH SEMBILAN RIBU SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dicetakkan di Perisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10 % (RM36,900.00) daripada Harga Rizab dalam bentuk Bank Draf atau Cashier Order di atas nama OCBC BANK (MALAYSIA) BERHAD sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan awam. Bank Draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan Penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (AE No. : 38 – 08 - 2009) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Perbicaraan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar, Perlis. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh satu ratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan kepada OCBC BANK (MALAYSIA) BERHAD.

Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Peguamcara bagi pihak plaintif atau Pelelong yang tersebut di bawah :

SHARIFAH SALLINA BT HJ. SYED HASHIM
PELELONG BERLESEN NEGERI PERLIS
No. 378, Jalan Teratai Putih 2/1,
Taman Berjaya, Jalan Pegawai,
05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel : 011-15288344 Fax : 04-7710311
Ruj Kami : SALL-MTKPs-OCBC-SRT-13014}




Contact Sharifah Sallina Syed Hashim
" Tanah Industri, H.S.(M) 413 (kini GM 3200) Lot No. 4581, Mukim Kurong Anai, Perlis "

Phone: 01115288344

Your Name*:

Email*:

Message*:




Reminder email with links to edit and deactivate